Saturday, November 17, 2012

Mencintaimu Dalam Diam :')

istikharah cinta by Sigma

Telah menjadi fitrah seorang manusia untuk mencintai manusia yang lain. Kita tak akan dapat lari dari fitrah itu kerana Allah yang titipkan rasa cinta itu dalam hati kita. Malah Dia tak pernah melarang untuk meluahkan rasa cinta kita itu, tetapi haruslah meluahkannya dengan cara yang halal. Sebagai seorang manusia yang belum bersedia lagi untuk melangkah lebih jauh, iaitu memasuki alam perkahwinan, cukuplah kita mencintai seseorang dalam diam. Mencintainya sekadarnya.


"bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam .."

karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ..
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan hubungan yg tidak diredhai Allah SWT,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu ..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu ..

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ..

.............
karena dalam diammu tersimpan kekuatan ..
kekuatan harapan ..
hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ..
bukankah Allah SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya ??

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ..

jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

"aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg tak kan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM.. mnjdi caraku untuk mencintaimu..."

Dari Aisyah radhiyallahu anha, berkata: bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Menikah adalah sunnahku. Siapa yang tidak mengamalkan sunnahku, ia bukan termasuk ummatku. Menikahlah karena aku akan senang atas jumlah besar kalian di hadapan umat-umat lain. Siapa yang telah memiliki kesanggupan, menikahlah. Jika tidak, berpuasalah karena puasa itu bisa menjadi kendali” (Riwayat Ibn Majah, lihat: Kasyf al-Khafa, II/324, no. hadis: 2833)


keep him safe for me Ya Allah :)
In Shaa ALLAH..
Aminn ~~

Friday, November 16, 2012

For GAZA ~

kehancuran di bumi GAZA

Ya Allah, apa yang telah berlaku di bumi GAZA sekarang? Mengapa mereka diseksa kembali setelah banyak keseksaan yang telah di alami oleh mereka? Apa kesalahan yang mereka lakukan sehinggga mereka terpaksa melalui kekejaman ini? Ya Allah, Kau selamatkanlah saudara2ku di bumi GAZA. Kau berilah perlindungan kepada mereka.

kekejaman yang melibatkan banyak kematian

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Kau maha mendengar lagi maha mengetahui, Kau tempatkanlah saudara2 seislam denganku di dalam syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya mereka mati dalam keadaan syahid.  Kau periharalah mereka.


Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan kepada saudara2 kita di GAZA. Semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka daripada kekejaman zionis ISRAEL laknatullah. Semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita semua. Sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara2 kita yang mati syahid. Semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan orang2 yang beriman. 
Amin~~

Thursday, November 15, 2012

режиме дня (rutin harian) :D

Kehidupan kat sini macam biasa, sama je macam Malaysia tapi just ada sikit je perbezaan. Meh aku nak citer pasal kehidupan aku di bumi soviet ni. Pagi2 aku akan bangun jam 6.15 pagi, kalu tak bangun alamatnye kene bebel laa pagi tu. huhu. Lupe nak cakap sal roomate aku merangkap 'mama' aku kat sini. haha. Then, aku ada kelas seawal jam 8 pagi sehingga 2 petang. 6 jam berada di kelas bahasa. huh. U know what i feel right? ;) Tapi aku suke sangat belajar bahasa russia kat bumi soviet ni mungkin sebab letchurer yang mengajar kot. She make me interesting to discover this difficult language. Name dye Марина Ивановна (Marina Ibanobna). Lepas habis je kelas rusky, aku terus balik hostel kalau takde ape2 agenda dengan kawan2 aku. Then, ktorang masak2. Ni laa yang membezakan aku di Malaysia dengan DI bumi soviet ini. Kalu dulu, adoyai memang sedih giler laa. Nak masak pun tak pandai. Harapkan ummi je. huhu. Terukkan? tapi sekarang Alhamdulillah. Aku dah pandai dah nak masak sikit2. Ni semua berkat tunjuk ajar dari kawan2 aku. Lepas je makan, aku akan baring2, rehat2. Malas lagi nak wat homework. Aku akan wat homework waktu malam. huhu. Fresh sikit mase tu. Aku ni jenis tak suke pakse2 diri aku untuk belajar. Kesian otak aku. hehe. Then, lepas siap semua tu, aku pon tidur laa. Haa. Tu laa rutin harian aku kat sini. Tak masuk 1st degree lagi. Kalu tak, mesti busy giler nanti =(

Salam Maal Hijrah

Sempena tahun baru hijrah pada hari ini, aku ingin sedikit sebanyak berkongsi tentang matlamat penghijrahan dalam kehidupanku. Untuk menjadi seorang perempuan yang muslimah, bukannye senang. Ia memerlukan suatu usaha yang istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah. Bukan senang nak berubah kan? tapi walau macam mane susah pon, kite mesti ada usaha untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa diberkati oleh Allah. Oleh yang demikian, mari kite same2 melakukan perubahan kearah kebaikan. Doakan same2 k supaye perubahan yang aku lakukan ini diterime oleh-Nya. Jom same2 aminkan doa ni.

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku ini hanyalah hambaMu yang lemah,
aku hanya hambaMu yang sering melakukan maksiat,
maka Kau ampunilah dosaku Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadilah aku hamba yang solehah yang taat kepada perintahMu dan tinggalkan laranganMu,
jadikanlah aku anak yang solehah yang taat kepada kedua ibubapaku,
jadikanlah aku isteri yang solehah yang taat kepada suamiku,
jadikanlah aku ibu yang solehah kepada anak2ku nanti.
Aminnn..

Semoga aku dapat istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah :)

Warkah Cinta Pertamaku

Assalamualaikum. Ni bukan kali pertama aku buat blog ni, tapi dah banyak kali dah sebelum ni. Tapi semua tak jalan. huhu. Aku harap blog aku kali ni 'hidup' seperti kehidupanku di bumi soviet ini. Mesti tertanye2kan kenape tibe2 je aku terdetik nak tulis blog ni? haa. takde sebab yang hakiki pun sebenarnye. Aku just nak share kehidupan aku sebagai seorang pelajar medic di bumi soviet ni.