Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Sempena tahun baru hijrah pada hari ini, aku ingin sedikit sebanyak berkongsi tentang matlamat penghijrahan dalam kehidupanku. Untuk menjadi seorang perempuan yang muslimah, bukannye senang. Ia memerlukan suatu usaha yang istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah. Bukan senang nak berubah kan? tapi walau macam mane susah pon, kite mesti ada usaha untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa diberkati oleh Allah. Oleh yang demikian, mari kite same2 melakukan perubahan kearah kebaikan. Doakan same2 k supaye perubahan yang aku lakukan ini diterime oleh-Nya. Jom same2 aminkan doa ni.

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku ini hanyalah hambaMu yang lemah,
aku hanya hambaMu yang sering melakukan maksiat,
maka Kau ampunilah dosaku Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadilah aku hamba yang solehah yang taat kepada perintahMu dan tinggalkan laranganMu,
jadikanlah aku anak yang solehah yang taat kepada kedua ibubapaku,
jadikanlah aku isteri yang solehah yang taat kepada suamiku,
jadikanlah aku ibu yang solehah kepada anak2ku nanti.
Aminnn..

Semoga aku dapat istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah :)

No comments:

Post a Comment